Archive

Archive for March 25, 2008

Bandar Meruraya : Satu Komuniti Bistari

March 25, 2008 pompetos 1 comment

Pengenalan Komuniti

Pembentukan satu komuniti merupakan satu usaha komplek dan unik. Usaha untuk mewujud dan membentuk komuniti telah lama dilaksanakan di negara kita Malaysia.

Di ‘zaman darurat’ dahulu, komuniti baru diwujudkan hasil pemindahan yang dilakukan terhadap mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering menjadi sasaran pengganas komunis. Oleh yang demikian, pewujudan komuniti baru ini adalah atas sebab-sebab keselamatan.

Apabila FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) membuka rancangan-rancangan penempatannya, ini pula merupakan satu lagi proses pembentukan komuniti-komuniti baru yang berasaskan sebab-sebab sosio-ekonomi dalam usaha meningkatkan taraf hidup para penghuninya.

Kemudian apabila taman-taman perumahan bercambah dengan banyaknya, komuniti-komuniti baru telah juga diwujudkan di kawasan-kawasan ini.

Dengan lain-lain perkataan, komuniti-komuniti baru ini diwujudkan atas sebab-sebab keselamatan, ekonomi dan jalinan muhibbah kemasyarakatan.

Komuniti Malaysia

Komuniti Malaysia adalah satu masyarakat majmuk iaitu yang mengandungi komponen-komponen berbagai kaum di dalamnya. Tiap kaum itu pula mempunyai sifat, budaya, corak pemikiran, kefahaman dan aspirasinya yang tersendiri. Keunikan corak komuniti Malaysia inilah dengan sendirinya membawa satu cabaran kepada usaha membentuk satu komuniti baru yang mengharmonikan diantara tuntutan berlainan bangsa. Hingga kini proses integrasi di antara berbagai kaum ini berjalan dengan baik walaupun mengambil masa.

merumap.jpg

Bandar Meruraya, Ipoh Perak Darul Ridzuan

Bandar MERURAYA dijangka akan dapat membina satu komuniti moden yang sesuai dan serasi dengan senario ekonomi, politik dan sosial semasa sebagai usaha untuk merealisasikan unsur-unsur yang termaktub di dalam Wawasan 2020. Selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Perak ke arah ‘K-Economy’ menjelang 2015. Hasilnya kawasan Bandar Meruraya ini telah di iktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai MSC Cyber Centre pada tahun 2006.

Matlamat murninya adalah mewujudkan satu set masyarakat yang serba lengkap, mantap, prihatin kepada perubahan dan pemodenan, bersifat penyayang, berwibawa dan berpengetahuan, berteknologi tinggi sambil mengekalkan sifat-sifat mulia seni budayanya.

644_main8.jpg

Harapan Warga Meruraya

Harapan kita sebagai warga adalah Bandar Meruraya ini dapat menjadi sebuah komuniti di mana masyarakat yang mendiaminya adalah masyarakat yang progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh. Ianya bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban masa hadapan. Dari “Tin Mine Economy” kepada “MIND Economy”.

Oleh itu, adalah menjadi harapan bersama agar setiap warga Bandar Meruraya memasang niat di hati untuk bersama-sama mewujudkan satu komuniti Malaysia, Melayu baru, moden, bermaklumat, berteknologi tinggi, mempunyai norma-norma, sifat dan akhlak tinggi yang terpuji selaras dengan keperluan semasa.

Kita tidak boleh lalai dan leka dengan konsep ketuanan Melayu yang sering dilaungkan semata-mata, sedangkan perubahan yang sepatutnya di tuntut untuk diperjuangkan dalam membela nasib bangsa diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja.

Life is full of …

March 25, 2008 pompetos Leave a comment

Aku bersyukur, aku menghargai, aku sayangkan apa yang ada pada diri ku sekarang. Makanan, duit, anak, ibubapa, keluarga, hartabenda, kesihatan, kebahagiaan dan berbagai perkara yang bebaik. Itu semua rezeki. Kalau tak sayang dan menghargai rezeki yang tuhan kurniakan, mana mungkin mahu rezeki semakin datang dan datang.

But’s life is not smooth like soap. Jalan cerita hidup bukan macam cerita tv. Jujukan demi jujukan hingga akhirnya kita boleh jangka apa kesudahan cerita. Terutamanya cerita hindustan.

Sorry, that’s not going to happen in real life.

Akan ada banyak perkara yang kurang menyenangkan hati akan berlaku. Sakit demam, kurang duit, tak da duit, anak sakit, tuan rumah banyak songel, kereta rosak, boss perangai macam budak umur 15 tahun, bini merajuk, laki malas, bill meningkat, etc.. etc..

Apa reaksi kita? Kita akan ada dua pilihan.

Pertama, ‘lawan’ dan berkonfrontasi dengan setiap ‘keburukan’ tersebut.

Ini menjamin kehidupan kita ke arah total miserable, keresahan hati, hidup tak tenang, runsing dan akan membawa ke arah masalah baru yang akan lebih miserable.

Atau

Menerima setiap sesuatu itu dengan seadanya. Dalam hati sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Syukur pada tuhan.

Dari situ lakukan apa yang boleh dilakukan.

Lebih baik buat sesuatu dengan apa yang kita ada dari merungut tetang perkara yang kita tak ada.

Sentiasa ingat, untuk menerima seadanya orang lain. Sesiapa saja. Orang yang rapat mahupun yang jauh. Even yang tak dikenali. Dengan cara ini sahaja jiwa akan menjadi tenang.

Jika mahu mengkritik dan berkonfrontasi dengan orang lain, takkan habis-habis. Hari ini kritik orang itu, esok orang sana, lusa orang ini, tulat bergaduh dengan orang sini, tunggin…

Oleh itu kesimpulannya, terimalah keadaan kini seadanya. Syukur dengan nikmat tuhan. Insyallah, sooner or later akan mendapat pencerahan yang diharapkan.

“Perkukuhkan Tekad, Perkuatkan Semangat!”